Ahad, 17 Oktober 2010

Langkah selepas tersungkur


Lumrah manusia di muka bumi ini ingin melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kerana secara asasnya kebaikan itu adalah kunci untuk membuka pintu syurga dan memasukinya. Tetapi, sepertimana yang kita tahu bahawa, hakikat kebaikan itu sendiri bukanlah semudah yang kita fikirkan. Bukankah Iblis laknatullah pernah berjanji di hadapan Allah swt bahawa ia akan menyesatkan cucu-cucu Adam as sehingga ke hari Qiamat, tetapi hasutan Iblis itu terkecuali bagi hamba-hamba Allah yang beriman da mengerjakan amalan soleh. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang soleh.

Kita semua tahu, berbuat baik itu baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi sama lah seperti kita mendaki bukit yang tinggi, banyak rintangan dan dugaan, berbanding dengan melakukan perkara yang sebaliknya, ia seperti kita sedang menuruni bukit yang mudah sahaja dilakukan. Begitu lah kehidupan kita seharian, khususnya diri ini yang tidak sepi dari dosa, sering kali tersungkur, rebah dan tidak kuat berdiri sendiri. Betapa susahnya meneruskan langkah menuju redhaNya, semua ini menunjukkan betapa kerdilnya diri ini di sisiNya, tetapi itulah matlamat sebenar semua hamba-hambaNya, Nabi dan Rasul diutus menyampaikan petunjuk kepada kaumnya, agama diturunkan sebagai panduan hidup, semua orang tahu hal sedemikian, bahkan diri ini turut tahu, tetapi kenapa diri ini masih lagi lelah dan payah meneruskan perjalanan..huhu

Sebenarnya, semua ini menunjukkan aku ni cuma orang biasa, yang berbicara sekadar ada, pemikiran yang bersahaja, perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada sesiapa, kerana aku masih dalam perjalanan, aku bukan seorang ahli pakar untuk menyampaikan sesuatu yang bermakna untuk sesiapa, melainkan hanya manzahirkan perasaan ketika melihat laut yang seakan-akan tidak bertepi ini. Sungguh indah alam yang dijadikanNya ini, dan lagi lah indah yang menciptakannya. Ketenangan air laut dan tiupan angin, selalu membuatku terdiam tetapi ramai orang tidak tahu apa perkara lain yang menyebabkan seseorang itu banyak berdiam....Bila ku fikirkan, manusia tu tidaklah dibebankan untuk melakukan perkara kebaikan sebanyak-banyaknya, tetapi kebaikan itu dilakukan mengikut kemampuan yang ada dalam diri sendiri, walaupun pernah tersungkur, taubat itu pembersih hati, doa adalah senjata dan berharap kepadaNya adalah sumber kekuatan. Di samping meneruskan hidup yang berliku-liku, sama-sama lah kita bersangka baik dengan Pencipta yang satu, rahmatNya meliputi segala sesuatu, kasih sayangNya lebih besar daripada murkaNya. Apa yang kita tanam di muka bumi ini, akan dituai semasa di akhirat kelak. Semoga Syurgalah tempat kita amiin.........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan