Ahad, 16 Disember 2012

kerdipan cahaya

Jika mentari menerangi bumi, engkau menerangi kesunyianku, kerdipanmu meriangkan sepiku. Walaupun yang menyelubungimu itu ruangan yang gelap, engkau tanpa henti bersinar, engkau tetap berkelip menghiasi ruangan angkasa. Meskipun jarak kita berjuta batu jauhnya, engkau tetap menemaniku, tidak mengapa jika engkau hilang seketika apabila kehadiran mendung dan pertukaran malam ke siang, namun kehadiranmu tetap ada di mata dan di hati. indahnya penciptaanmu Subhanallah :)

walaupun ada yang menjauhkan diri, hati dan raga, masih ada bulan dan bintang yang boleh menemani jiwa ~

Rabu, 12 Disember 2012

Daerah di hati

Pada 12/12/12 ini....
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi dalam hati ini
Untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang...


Semenjak aku kosongkan daerah itu, aku masih tercari2 siapakah penghuninya.. jika aku inginkan seorang yang baik, ia tdk mungkin sebab aku bukanlah seorang yang baik, jika ia adalah seorang yang berwajah indah, ia tidak mungkin juga kerana aku tidaklah ada rupa tapi manis adalah hehe..gurau..

Kebanyakan wanita sudah di'booking' oleh teman lelaki mereka awal2 hehe..itulah sbbnya kalo mau melamarpun kdang2 akibatnya kita tertendang, tidak mcm dulu sdh..sangat mengikut adat yang selari dengan agama..kalo difikir2 balek, memang susah la mau mencari peneman dalam daerah hati tu, tapi itu bukan alasan, yang penting berusaha menghadapi dugaan dengan beralaskan pengorbanan....
 Berkaitan dengan jodoh ni..aku akan usaha sbagai memenuhi kehendak syariat, dan apabila hati bertemu aku percaya ia adalah ketentuan, apabila berjodoh aku percaya ia adalah suratan....maka barulah daerah dalam hati ini akan ku bangunkan dan hiasi.. insyaAllah...

Isnin, 12 November 2012

kembali pulih

Alhamdulillah setelah dua bulan, akhirnya dia kembali di pangkuanku, semoga kisah ngeri tidak akan berulang atas perlindungan dari Maha Pelindung.

..semoga dengan kepulihanmu akan menambahkan lagi rasa syukurku..

Isnin, 8 Oktober 2012

Di puncak menara gading


alhamdulillah pada 22 sept. 2012 aku sdhpun bergelar graduan, selama 4 tahun menelaah ilmu di perantaun membuahkan hasil ini dan berjaya menggenggam segulung ijazah yang disaksikan oleh ibu , abang dan pakcik yang tercinta. ilmu pendidikan yang aku pelajari di USM menjadi bekalan untuk aku jadikan modal menjayakan kerjayaku sebagai bakal guru, kini aku menunggu untuk panggilan bertugas, tetapi tidak tahu bila. semoga rezeki ini segera diberikan kepada ku amiin. 
pada ketika ini juga, aku sedang bekerja sebagai guru di dua tempat, pertama aku mengajar di sekolah swasta iaitu di perdana education consultant pada sebelah pagi dan kedua sebagai guru ganti di SMK Agaseh pada sebelah petang. memang memenatkan tapi kena juga kuatkan diri memegang amanah ini. alhamdulillah aku senang dengan kerjaya ini. tetapi..selepas cuti persekolahan, kemungkinan aku sudah tidak bekerja lagi. semoga rezeki lain pula pada masa akan datang akan diberikan....

Ahad, 7 Oktober 2012

Hujan malam









Dua bulan lepas, malam yang ditemani hujan...peristiwa ini menjadi kenangan ngeri bagi diriku kerana kereta kesayangan ni dilanggar oleh dua buah kereta dalam dua tempoh masa yang tidak begitu lama sehingga keadaan belakang kereta ni jadi seteruk begini. namun, perasaan ku banyak tertumpu kepada rasa syukur berbanding memikirkan keadaan kereta ni kerana kami masih selamat. syukur alhamdulillah ya Allah...

skg aku tengah tggu kereta ni pulih semula..
semoga Allah sentiasa melindungi.

Rabu, 8 Ogos 2012

menjadi guru


apabila tangan sudah melakar coretan tinta
lakarlah ia menjadi lembaran ilmu yang berguna
lalu terukir indah di setiap sudut jiwa bangsa
jangan pernah jemu atau singgah walau seketika
kemudikan layar bahtera hingga ke pesisir cita




dalam lipatan sejarah tercatat kelemahan
namun usah termangu di perhentian masa silam
penilaian manusia bukanlah impian dan harapan
tetapi amanah dan tanggungjawab menjadi tujuan






ilmu bermanfaat


ilmu itu sungguh banyak peringkatnya 

luasnya umpama laut tidak bertepi 

biarlah secebis kita kecapinya

 asalkan ia menggilap hati 

lantas membuahkan akhlak mulia