Rabu, 9 September 2009

HAKIKAT TAUHID ringkasan

Seorang tokoh sufi terkemuka Al-Junaid Al-Bagdadi menyimpulkan bahawa majlis yang paling mulia dan paling terhormat ialah majlis yang terdapat di dalamnya perbincangan mengenai bidang Tauhid.
Hujjatul Islam Imam Ghazali menyokong kenyataan di atas dengan catatannya sebagaimana berikut;
Orang-orang yang mempunyai Ilmu Tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).
PENGERTIAN TAUHID
Dari aspek bahasa,
A-Jurjani dan Al-Qusyairi,
  • Tauhid itu adalah "SATU" serta mengetahui pula tentang satunya sesuatu itu.
Al-Tahanawi menjelaskan bahawa;
  • Tauhid itu dari segi bahasa ialah menjadikan i'tiqad tentang Keesaan Allah.
Brasal dari perkataan arab( wahid) yg bermaksud mengesakan
Dari segi istilah :
  • Beri’tikad dan mempercayai bahawa Allah swt maha Esa dan tunggal, tidak ada syirik dan sekutu bagiNya.
  • Allah swt itu tunggal pada
    • zatNya,
      • tidak terdiri daripada 4 unsur(air,angin,api dan tanah)
    • sifatNya
      • melihat tanpa mata
      • mendengar tanpa telinga
      • berkata-kata tanpa mulut
      • berkuasa tanpa tangan dan kaki
      • hidup tanpa bernyawa
    • perbuatannya
      • Allah sahaja yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat,
      • yang menghidupkan dan mematikan
      • memberi sakit dan menyembuhkan
      • pendek kata Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu. Manakala makhluk tidak mempunyai kuasa atas sesuatu.
Firman Allah swt dala surah al-ikhlas : katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Tuhanku ialah Allah Maha Esa(1) Allah mnjadi tumpuan sekalian Makhluk untuk memohon segala hajat(2) Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan(3) Dan tida ada sesiapa yang setara DenganNya.(4)