Sabtu, 5 Julai 2014

PASTI KAU KAN ADA NANTI


adakalanya..kau tidak perlu ditunggu, tidak perlu dicari ke sana ke sini.. tidak perlu dikejar ke mana kau pergi. setiap jalan menuju mu, amatlah menyakitkan perasaan dan hati.
memang dalam hari-hariku kau sering muncul menyekat perjalananku,dengan kemampuanku yang bertahap ini seringkali jiwaku merasa lemah dan resah. 
mencarimu sangatlah rumit bagiku kerana ceritanya ibarat sang pelita dengan api. kadang aku menjadi pelita yang tidak dinyalakan api. kadang aku menjadi api yang tidak punya pelita.
sebab itu, aku mencoretkan luahan ini sebagai satu kenangan pada hari ini hatiku sekali lagi erkapai-kapai mencari rahmat yang hanya datang dariNya. inilah satu kesilapanku kerana selalu tunduk dengan hal-hal yang boleh melengahkan ku daripada terus menuju kasih sayangNya.. semoga semua indah pada waktunya amiin..