Sabtu, 30 Oktober 2010

~ TEMAN YANG MENEMANI~



Teman, kehadiranmu sangat berharga dalam diriku,
terasa diri dihargai dan diperlukan dalam setiap detik,
pengalaman mu yang engkau kongsikan dengan aku
merupakan satu peringatan dan boleh aku jadikan pengajaran untuk diri ku,
dan aku pernah berkongsi masalah ku, kesusahan ku, serta kegembiraanku,
dengan rasa sifat seorang teman yang ada dalam dirimu,
engkau memberikan kata-kata semangat, jadi pendengar setia, serta dengan penuh bermotivasi menegurku, menasihatiku dan engkau memberitahuku satu tindakan yang baik untuk aku lakukan,

~semua orang perlukan kawan~
Aku akan menemanimu wahai teman sekiranya engkau memerlukan aku,
dan jika tidak, aku tidak kisah, kerana mungkin pada ketika itu engkau dalam keadaan gembira dan bahagia, tetapi percayalah aku sentiasa bersedia memenuhi kehendakmu semampuku,
susah senang kita hadapinya bersama,
ukhuwwah yang terjalin eratkan dengan senyuman ataupun ucapan dan tindakan,
jika tidakpun, senyuman sesaat itu sudah cukup berharga buat diriku...hehe

Khamis, 28 Oktober 2010

membakar diri demi menerangi




jika engkau bunga, biarlah aku jadi tangkainya,
jika engkau merpati, biarlah aku jadi sayapnya,
jika engkau engkau cahaya, biarlah aku jadi mataharinya, dan
jika engkau Hawa, biarlah aku jadi Adamnya....

betapa diri kita mempunyai tanggungjawab dan menjadi pelengkap hidup kepada semua pihak yang mengharapkan pertolongan kita terutamanya keluarga kita yang tersayang... :)




Rabu, 27 Oktober 2010

lautan misteri

anda mugkin xpercya ada orang dapat pergi menunaikan Haji dari Turkey ke Mekah hanya memakan masa satu hari perjalanan pada zaman dahulu... kes ini dibawa ke mahkamah tapi, hakimnya menjadi celaru fikirannya selepas mendengar ayat di bawah yang diucapkan oleh seorang tukang kasut.

"kalau lah syaitan musuh Allah itu boleh ke utara dan ke selatan dengan pantas, mengapa tidak hambaNYA yang taat kepadaNYA dapat berbuat lebih daripada itu"

Hakim itu pun akhirnya menemui kebenaran dan keyakinan selepas berguru dengan seorang wali Allah....semua ini bermula dengan ungkapan ayat tersebut yang sangat misteri baginya.

Isnin, 25 Oktober 2010

seri wajahmu




Berserinya wajahmu,
manisnya senyumanmu,
lunaknya suaramu,
indahnya akhlakmu,
tingginya budi bahasamu,

Tp sayangnya, engkau menjadi cubaan untuk diriku..

Ahad, 17 Oktober 2010

Langkah selepas tersungkur


Lumrah manusia di muka bumi ini ingin melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kerana secara asasnya kebaikan itu adalah kunci untuk membuka pintu syurga dan memasukinya. Tetapi, sepertimana yang kita tahu bahawa, hakikat kebaikan itu sendiri bukanlah semudah yang kita fikirkan. Bukankah Iblis laknatullah pernah berjanji di hadapan Allah swt bahawa ia akan menyesatkan cucu-cucu Adam as sehingga ke hari Qiamat, tetapi hasutan Iblis itu terkecuali bagi hamba-hamba Allah yang beriman da mengerjakan amalan soleh. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang soleh.

Kita semua tahu, berbuat baik itu baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi sama lah seperti kita mendaki bukit yang tinggi, banyak rintangan dan dugaan, berbanding dengan melakukan perkara yang sebaliknya, ia seperti kita sedang menuruni bukit yang mudah sahaja dilakukan. Begitu lah kehidupan kita seharian, khususnya diri ini yang tidak sepi dari dosa, sering kali tersungkur, rebah dan tidak kuat berdiri sendiri. Betapa susahnya meneruskan langkah menuju redhaNya, semua ini menunjukkan betapa kerdilnya diri ini di sisiNya, tetapi itulah matlamat sebenar semua hamba-hambaNya, Nabi dan Rasul diutus menyampaikan petunjuk kepada kaumnya, agama diturunkan sebagai panduan hidup, semua orang tahu hal sedemikian, bahkan diri ini turut tahu, tetapi kenapa diri ini masih lagi lelah dan payah meneruskan perjalanan..huhu

Sebenarnya, semua ini menunjukkan aku ni cuma orang biasa, yang berbicara sekadar ada, pemikiran yang bersahaja, perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada sesiapa, kerana aku masih dalam perjalanan, aku bukan seorang ahli pakar untuk menyampaikan sesuatu yang bermakna untuk sesiapa, melainkan hanya manzahirkan perasaan ketika melihat laut yang seakan-akan tidak bertepi ini. Sungguh indah alam yang dijadikanNya ini, dan lagi lah indah yang menciptakannya. Ketenangan air laut dan tiupan angin, selalu membuatku terdiam tetapi ramai orang tidak tahu apa perkara lain yang menyebabkan seseorang itu banyak berdiam....Bila ku fikirkan, manusia tu tidaklah dibebankan untuk melakukan perkara kebaikan sebanyak-banyaknya, tetapi kebaikan itu dilakukan mengikut kemampuan yang ada dalam diri sendiri, walaupun pernah tersungkur, taubat itu pembersih hati, doa adalah senjata dan berharap kepadaNya adalah sumber kekuatan. Di samping meneruskan hidup yang berliku-liku, sama-sama lah kita bersangka baik dengan Pencipta yang satu, rahmatNya meliputi segala sesuatu, kasih sayangNya lebih besar daripada murkaNya. Apa yang kita tanam di muka bumi ini, akan dituai semasa di akhirat kelak. Semoga Syurgalah tempat kita amiin.........................

kenapa sayur buncis dimakan?


Seorang petani memasukkan buncis ke dalam kuali yang penuh minyak untuk dimasak. Buncis itu melompat-lompat kepanasan, ia meronta, meloncat ke tepi kuali dan berteriak, "Mengapa kau bakar aku? Tak cukupkah kau telah beli aku? Mengapa kau juga harus menyiksaku?" petani itu membenamkannya kembali ke dalam kuali dengan sendoknya dan berkata, "Tenanglah, mendidihlah engkau dengan baik! Jangan lompat terlalu jauh dari ia yang menyalakanmu. Aku tak merebusmu karena aku membencimu. Aku memasakmu agar kau menjadi lazat dan penuh cita rasa. Agar kau dapat menjadi makanan dan bersatu dengan kehidupan ku sepanjang aku beribadat kepadaNya. Penderitaanmu tak disebabkan karena aku menghinakanmu! Ketika kau segar dan hijau, kau selalu meminum air di kebun. Kau meminum air itu untuk bersiap menghadapi api ini." Kasih sayang Tuhan lebih besar dari penderitaan yang Dia berikan. Kasih sayang-Nya senantiasa lebih besar dari murka-Nya. Kau dididihkan dalam penderitaan dan kesengsaraan, tiada lain agar ego dan eksistensi dirimu lenyap tak berbekas! Kau berubah menjadi makanan, kekuatan, dan fikiran yang luhur. Dahulu kau lemah, kini kau seperkasa singa hutan. Buncispun tau la siapa dirinya sebenar, Itu lah hakikat di sebalik penderitaan.