Rabu, 20 Ogos 2014

hati yang teruji



Mata yang melihat kebhgiaan orang lain, telinga yang mencuri dengar cerita tentang psangan hidup mereka soal anak, kebersamaan, kerinduan dan kemanisan mereka bersama pasangan sering saja memaksa ku untuk masuk dalam babak cerita itu kerana  menyangka aku seperti mereka, walhal aku tidak seperti mereka sbgimna mreka sgkakan, aku sudah lama bersendirian..iulah setiap kali cerita bersama mrk, mata dan telinga pun terus  berpesan kepada hati spya bersabar atas semua itu. Hati pun berpesan kpda seri wajah supaya tetap mengukir senyum semanis yg mampu.. maka wajah pun mengikut khendak hati sebagai tanda sygnya kpda hati.. bgitula kerja hati, mata, jiwa dan raga setiap kali bersama manusia..berbeza pula apabila bersendrian, telinga berdiam diri, mata pun kuyup layu tetapi hati pulak tetap berjaga, apabila hati perasan mata dan telinga masing2 senyap..lalu hati pun menghantar pesanan kpda sang mata untuk menyuruh beberapa titis air membasahi mata agar mata pun turut terjaga dan apabila mata terjaga, hati terasa ditemani dan tidak keseorangan..telinga tidak sedarkan diri dan tetap berdiam tanpa mengetahui hati dan mata sedang berinteraksi, mata pun terjaga lalu bertanya kepada hati.. mengapa engkau kejutkan aku dengan air, habis basah seluruh tubuhku.. hati pun menjawab, aku rasa keseorangan untuk terus melalui banyak ujian sehingga aku terpksa merembeskan air ditubuhmu, banyak cabran dan halangan yg menetap di tempatku, kadangpun engkau selalu salurkan mcm2 kekotoran kepada aku, telinga pun banyak menyalurkan perkataan2 yg keji kepada ku..aku menampung semua yg kamu nampak dan dengar dari dunia nyata kamu. Bukan hanya kau, tapi semua raga pun bergerak, bertindak dan melakukan sesuatu yang membebanku akan mengalir kepada ku ,tapi aku xslahkan kamu semua, kamu pun ikut arahan sahaja drpda akal..kita bekerjasama semua, supaya apabila aku bersih, maka aku mnjadi raja kamu semua, aku boleh arahkan akal, jiwa raga dan semua pancaindera untuk sama2 dengan aku teguh hadapi ujian dan berusha mncri hikmah dan redha Ilahi...ketahuilah.,.aku sekeping hati yang menjadi pusat pentadbiran jiwa, akan goyah sekiranya kamu semua menekanku seorang diri, kadang berbolak balik.. tetapi aku tetap berpesan kepada kamu semuanya supaya tetap bersabar, berdoa dan berusha membersihkan aku, jangan salurkan kepada ku sesuatu yang menggelapkanku... kerana saat ini, aku sedang diuji, menunggu hadirnya satu lagi hati yang belum pasti..tapi Allah maha mengerti tidak mampu jiwa insan bersendiri menempuh dugaan yang menguji naluri....