Sabtu, 30 Oktober 2010

~ TEMAN YANG MENEMANI~



Teman, kehadiranmu sangat berharga dalam diriku,
terasa diri dihargai dan diperlukan dalam setiap detik,
pengalaman mu yang engkau kongsikan dengan aku
merupakan satu peringatan dan boleh aku jadikan pengajaran untuk diri ku,
dan aku pernah berkongsi masalah ku, kesusahan ku, serta kegembiraanku,
dengan rasa sifat seorang teman yang ada dalam dirimu,
engkau memberikan kata-kata semangat, jadi pendengar setia, serta dengan penuh bermotivasi menegurku, menasihatiku dan engkau memberitahuku satu tindakan yang baik untuk aku lakukan,

~semua orang perlukan kawan~
Aku akan menemanimu wahai teman sekiranya engkau memerlukan aku,
dan jika tidak, aku tidak kisah, kerana mungkin pada ketika itu engkau dalam keadaan gembira dan bahagia, tetapi percayalah aku sentiasa bersedia memenuhi kehendakmu semampuku,
susah senang kita hadapinya bersama,
ukhuwwah yang terjalin eratkan dengan senyuman ataupun ucapan dan tindakan,
jika tidakpun, senyuman sesaat itu sudah cukup berharga buat diriku...hehe

Khamis, 28 Oktober 2010

membakar diri demi menerangi




jika engkau bunga, biarlah aku jadi tangkainya,
jika engkau merpati, biarlah aku jadi sayapnya,
jika engkau engkau cahaya, biarlah aku jadi mataharinya, dan
jika engkau Hawa, biarlah aku jadi Adamnya....

betapa diri kita mempunyai tanggungjawab dan menjadi pelengkap hidup kepada semua pihak yang mengharapkan pertolongan kita terutamanya keluarga kita yang tersayang... :)




Rabu, 27 Oktober 2010

lautan misteri

anda mugkin xpercya ada orang dapat pergi menunaikan Haji dari Turkey ke Mekah hanya memakan masa satu hari perjalanan pada zaman dahulu... kes ini dibawa ke mahkamah tapi, hakimnya menjadi celaru fikirannya selepas mendengar ayat di bawah yang diucapkan oleh seorang tukang kasut.

"kalau lah syaitan musuh Allah itu boleh ke utara dan ke selatan dengan pantas, mengapa tidak hambaNYA yang taat kepadaNYA dapat berbuat lebih daripada itu"

Hakim itu pun akhirnya menemui kebenaran dan keyakinan selepas berguru dengan seorang wali Allah....semua ini bermula dengan ungkapan ayat tersebut yang sangat misteri baginya.

Isnin, 25 Oktober 2010

seri wajahmu




Berserinya wajahmu,
manisnya senyumanmu,
lunaknya suaramu,
indahnya akhlakmu,
tingginya budi bahasamu,

Tp sayangnya, engkau menjadi cubaan untuk diriku..

Ahad, 17 Oktober 2010

Langkah selepas tersungkur


Lumrah manusia di muka bumi ini ingin melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kerana secara asasnya kebaikan itu adalah kunci untuk membuka pintu syurga dan memasukinya. Tetapi, sepertimana yang kita tahu bahawa, hakikat kebaikan itu sendiri bukanlah semudah yang kita fikirkan. Bukankah Iblis laknatullah pernah berjanji di hadapan Allah swt bahawa ia akan menyesatkan cucu-cucu Adam as sehingga ke hari Qiamat, tetapi hasutan Iblis itu terkecuali bagi hamba-hamba Allah yang beriman da mengerjakan amalan soleh. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang soleh.

Kita semua tahu, berbuat baik itu baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi sama lah seperti kita mendaki bukit yang tinggi, banyak rintangan dan dugaan, berbanding dengan melakukan perkara yang sebaliknya, ia seperti kita sedang menuruni bukit yang mudah sahaja dilakukan. Begitu lah kehidupan kita seharian, khususnya diri ini yang tidak sepi dari dosa, sering kali tersungkur, rebah dan tidak kuat berdiri sendiri. Betapa susahnya meneruskan langkah menuju redhaNya, semua ini menunjukkan betapa kerdilnya diri ini di sisiNya, tetapi itulah matlamat sebenar semua hamba-hambaNya, Nabi dan Rasul diutus menyampaikan petunjuk kepada kaumnya, agama diturunkan sebagai panduan hidup, semua orang tahu hal sedemikian, bahkan diri ini turut tahu, tetapi kenapa diri ini masih lagi lelah dan payah meneruskan perjalanan..huhu

Sebenarnya, semua ini menunjukkan aku ni cuma orang biasa, yang berbicara sekadar ada, pemikiran yang bersahaja, perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada sesiapa, kerana aku masih dalam perjalanan, aku bukan seorang ahli pakar untuk menyampaikan sesuatu yang bermakna untuk sesiapa, melainkan hanya manzahirkan perasaan ketika melihat laut yang seakan-akan tidak bertepi ini. Sungguh indah alam yang dijadikanNya ini, dan lagi lah indah yang menciptakannya. Ketenangan air laut dan tiupan angin, selalu membuatku terdiam tetapi ramai orang tidak tahu apa perkara lain yang menyebabkan seseorang itu banyak berdiam....Bila ku fikirkan, manusia tu tidaklah dibebankan untuk melakukan perkara kebaikan sebanyak-banyaknya, tetapi kebaikan itu dilakukan mengikut kemampuan yang ada dalam diri sendiri, walaupun pernah tersungkur, taubat itu pembersih hati, doa adalah senjata dan berharap kepadaNya adalah sumber kekuatan. Di samping meneruskan hidup yang berliku-liku, sama-sama lah kita bersangka baik dengan Pencipta yang satu, rahmatNya meliputi segala sesuatu, kasih sayangNya lebih besar daripada murkaNya. Apa yang kita tanam di muka bumi ini, akan dituai semasa di akhirat kelak. Semoga Syurgalah tempat kita amiin.........................

kenapa sayur buncis dimakan?


Seorang petani memasukkan buncis ke dalam kuali yang penuh minyak untuk dimasak. Buncis itu melompat-lompat kepanasan, ia meronta, meloncat ke tepi kuali dan berteriak, "Mengapa kau bakar aku? Tak cukupkah kau telah beli aku? Mengapa kau juga harus menyiksaku?" petani itu membenamkannya kembali ke dalam kuali dengan sendoknya dan berkata, "Tenanglah, mendidihlah engkau dengan baik! Jangan lompat terlalu jauh dari ia yang menyalakanmu. Aku tak merebusmu karena aku membencimu. Aku memasakmu agar kau menjadi lazat dan penuh cita rasa. Agar kau dapat menjadi makanan dan bersatu dengan kehidupan ku sepanjang aku beribadat kepadaNya. Penderitaanmu tak disebabkan karena aku menghinakanmu! Ketika kau segar dan hijau, kau selalu meminum air di kebun. Kau meminum air itu untuk bersiap menghadapi api ini." Kasih sayang Tuhan lebih besar dari penderitaan yang Dia berikan. Kasih sayang-Nya senantiasa lebih besar dari murka-Nya. Kau dididihkan dalam penderitaan dan kesengsaraan, tiada lain agar ego dan eksistensi dirimu lenyap tak berbekas! Kau berubah menjadi makanan, kekuatan, dan fikiran yang luhur. Dahulu kau lemah, kini kau seperkasa singa hutan. Buncispun tau la siapa dirinya sebenar, Itu lah hakikat di sebalik penderitaan.

Rabu, 25 Ogos 2010

demi kebaikanmu dan aku..



sebenarnya kita ada kekuatan untuk terus berjalan bersendirian, walaupun ia mengundang kesunyian, tetapi sebenarnya keindahannya adalah lebih menyenangkan berbanding memilih jalan berdua dengan mengundang kehadiran makhluk ketiga. kita sedar akan kekhilafan itu tetapi hasutan sentiasa datang dari atas, bawah, kanan, dan kiri kita, bisikan demi bisikan terus menusuk dan membujuk hati untuk mengetepikan hukum.

bagi mereka yang kuat mencegah diri mereka, mereka patut bersyukur, sebaliknya diri ini mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu, tambahan lagi sekiranya diri ini menyimpan permata di dalam hati. demi kebaikan mu dan aku..relakan aku terus berjalan sendiri dan semoga diri ini berjaya mengosongkan hati agar suatu masa nanti diri ini dapat meletakkan permata yang sudah dinikahi, begitu juga dengan engkau yang masih mekar berseri, teruslah jadi bunga yang berada di atas dahan yang tinggi dan hanya akan dipetik oleh yang terbaik dan berakhlak terpuji..tapi..jika sampai waktunya kita tunggu ketentuanNya, mungkin engkau dan mungkin juga engkau dan mugkin juga engkau atau orang lain yang menjadi permata yang dicari.....

Khamis, 11 Mac 2010

apa itu masalah?


Setiap orang tidak terlepas daripada mengalami masalah. Cuma setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza, Allah swt berbuat demikian kerana begitulah keadaan manusia yang juga mempunyai kehidupan yang berbeza-beza, tetapi, tempat kita bermohon, berharap, berhajat dan berlindung adalah sama iaitu kepada Allah swt sahaja, Dia lah tempat bergantung bagi sekalian makhluk, sekecil manapun masalah yang kita hadapi DIA lebih mengetahui masalah yang kita hadapi itu, masalah juga dikatakan sebagai ujian, dalam ujian itu terdapat masalah, oleh itu, masalah yang kita hadapi itu sebenarnya ujian, termasuklah ujian harta, isteri dan anak-anak. Begitulah ujian, ia juga hadir dalam bentuk yang kita sukai, sebenarnya ia juga boleh membawa masalah kepada diri kita. Dunia adalah ujian, tetapi kita tertarik dengannya, dunia juga sebagai laluan untuk kita menujuNYA, maka, ia bergantung kepada tindakan seseorang itu untuk menjadikan dunia itu sebagai satu masalah ataupun sebagai laluan ke akhirat sahaja.
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Ali-imran ayat 14.

Masalah yang kita hadapi itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi seorang yang sentiasa ke arah memperbaiki diri. sebenarnya, dengan ujian tersebut kekadang manusia tidak dapat melepasinya dengan baik, jika berlaku demikian, inilah yang disebut sebagai masalah dalam diri kita. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang mengetahui tujuan masalah itu dipikulkan atas bahu kita, kita hendaklah memikulnya dengan rasa tenang dan sabar sambil meneruskan pelayaran di lautan bergelora, kita hendaklah memikirkan penyelesaiannya agar bebanan masalah itu semakin berkurang, justeru pelayaran hidup diteruskan tanpa berhenti di tengah lautan tersebut, hendaklah kita berlayar dengan layar harapan agar tiupan angin rahmat dapat membantu kita meneruskan pelayaran dengan penuh rasa kebahagian. manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan, tetapi Allah sentiasa memberi peluang untuk kita kembali kepadaNYA, semoga dengan peluang yang ada, dapat memberi kesempatan kepada kita untuk menjadi orang yang sedar kesilapan lepas serta tidak mengulanginya. Sejauh mana destinasi yang kita tuju, semakin banyak lagi pertolongan Allah kepada hambaNYA yang berdoa kepadaNYA, kembali mendekatkan diri kepadaNYA, beramal dengan agamaNYA, dan bertaqwa kepadaNYA.