Ahad, 15 November 2009

IBU...

Suatu pagi seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan,
Bayi : "Para malaikat di sini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? saya begitu kecil & lemah."
Tuhan : "Aku sudah memilih 1 malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
Bayi : "Tapi di sini di dalam surga apa yang pernah kulakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya."
Tuhan : "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangantan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
Bayi : "Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"
Tuhan : "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah engkau dengar dan dengan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkanmu bagaimana cara berbicara."
Bayi : "Apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadamu?"
Tuhan : "Malaikatmu akan mengajarkanmu bagaimana cara berdoa."
Bayi : "Saya dengar bahwa di bumi banyak orang yang jahat, siapakah nanti yang akan melindungi saya?"
Tuhan : "Malaikatmu akan melindungimu walaupun hal itu akan mengancam jiwanya."
Bayi : "Tapi saya pasti akan sedih karena tidak melihatMu lagi."
Tuhan : "Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang-Ku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu surga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar dan sang bayi pun bertanya perlahan,
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?"
Jawab Tuhan,
....."Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Selasa, 13 Oktober 2009

Taman-taman Syurga.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Majlis tadarus al-Quran pada bulan Ramadhan serta bulan-bulan yang lain merupakan sebuah taman syurga. Ramadhan tahun ini (2009) di USM masih lagi diserikan dengan majlis tadarus al-Quran yang sangat bermanfaat kepada kita semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih ramai lagi hamba-hambaNya yang turut sama hadir dalam taman ini.
Namun sambutannya tidaklah semeriah berbanding dengan sambutan-sambutan ...............?. begitulah hakikatnya dunia zaman sekarang. Mungkin atau pastinya ramai manusia yang terhalang untuk hadir ke majlis ini disebabkan oleh kesibukan, mungkin juga penat bertarawih..hehe dan sebagainya, tetapi pastinya masing-masing ada sebab yang munasabah kot...
Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

Terfikir pula saya dibuatnya apabila tahun demi tahun, penghuni taman syurga ini semakin berkurangan. itu semua berbalik kepada individu itu sendiri. Moga-moga ramadhan akan datang Insya Allah bertambah ramailah ahlinya khususnya dari kalangan pelajar yang bakal menegakkan agamaNYA. Rasanya semua sudah tahu kebaikan dan kelebihannya, cuma perlulah kita fikirkan bersama, kita boleh pergi ke sesuatu tempat yang lebih kepada urusan keduniaan dalam masa berjam-jam, tetapi kenapa kita tidak boleh meluangkan masa untuk pergi ke taman syurga untuk menemui rahmatNYA(tadarus) yang tidak lebih sejam lamanya.
KUNCI yang mempunyai fungsi terpenting untuk membuka sesuatu yang tertutup sesuai dijadikan analogi dalam perkara ini. Setiap manusia diberi kunci tersebut untuk pergi membuka rahmatNYA(majlis tadarus) atas KehendakNYA. semoga kita termasuk dalam kalangan hambaNYA yang mendapat rahmat dan hidayatNYA.
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membacadan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.

Isnin, 12 Oktober 2009

kita termasuk dalam kategori manusia yang mana?


Ada empat jenis manusia dalam dunia ini



Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.


Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan


lmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,
Pembimbing kepada agama Allah,
Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.


Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.


Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".


Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;


"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;


"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh.


jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang dijak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;


'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".


Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung.


Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian. Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.


Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.


Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Rabu, 9 September 2009

HAKIKAT TAUHID ringkasan

Seorang tokoh sufi terkemuka Al-Junaid Al-Bagdadi menyimpulkan bahawa majlis yang paling mulia dan paling terhormat ialah majlis yang terdapat di dalamnya perbincangan mengenai bidang Tauhid.
Hujjatul Islam Imam Ghazali menyokong kenyataan di atas dengan catatannya sebagaimana berikut;
Orang-orang yang mempunyai Ilmu Tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).
PENGERTIAN TAUHID
Dari aspek bahasa,
A-Jurjani dan Al-Qusyairi,
  • Tauhid itu adalah "SATU" serta mengetahui pula tentang satunya sesuatu itu.
Al-Tahanawi menjelaskan bahawa;
  • Tauhid itu dari segi bahasa ialah menjadikan i'tiqad tentang Keesaan Allah.
Brasal dari perkataan arab( wahid) yg bermaksud mengesakan
Dari segi istilah :
  • Beri’tikad dan mempercayai bahawa Allah swt maha Esa dan tunggal, tidak ada syirik dan sekutu bagiNya.
  • Allah swt itu tunggal pada
    • zatNya,
      • tidak terdiri daripada 4 unsur(air,angin,api dan tanah)
    • sifatNya
      • melihat tanpa mata
      • mendengar tanpa telinga
      • berkata-kata tanpa mulut
      • berkuasa tanpa tangan dan kaki
      • hidup tanpa bernyawa
    • perbuatannya
      • Allah sahaja yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat,
      • yang menghidupkan dan mematikan
      • memberi sakit dan menyembuhkan
      • pendek kata Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu. Manakala makhluk tidak mempunyai kuasa atas sesuatu.
Firman Allah swt dala surah al-ikhlas : katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Tuhanku ialah Allah Maha Esa(1) Allah mnjadi tumpuan sekalian Makhluk untuk memohon segala hajat(2) Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan(3) Dan tida ada sesiapa yang setara DenganNya.(4)

Ahad, 30 Ogos 2009

Perbalahan orang Ateis dengan seorang islam.

Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Tuhan dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain. Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka dapat menilai pendapat siapakah yang paling benar.
Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki islam itu tidak datang, dan ramai yang hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itupun muncul lalu berkata."maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu bahawa saya tinggal di hujung bandar ini, antara tempat saya dengan tempat ini ada sebatang sungai, saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai ke sini. Tetapi tadi tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."
Orang ateis bertanya, "Bagaimana kamu boleh sampai ke sini jika tidak menggunakan perahu??"
jawab lelaki muslim itu, "semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai berhenti dihadapan saya, kemudian datang lagi beberapa keping papan yang lain lalu melekat dengan sendirinya, lepas itu, dari dalam sungai timbul pula beberapa utas tali mengikat papan-papan itu untuk membentuk sampan kecil, orang yang berada di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutup rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya berjaya menyeberangi sungai dengan menggunakan perahu yang terjadi dengan sendirinya."
Mendengar kata-kata lelaki muslim itu, sekumpulan ateis itu berang lalu berkata, " Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami!!? kamu sangka kami sebodoh itu untuk mempercayai kata-kata mu itu!! "
jawab lelaki muslim itu, "Kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak menggunakan akal. Kamu menolak dan tidak mempercayai kejadian sebuah sampan kecil secara semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar ini boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya, apakah yang lebih sukar untuk dipercayai , terjadinya alam semesta secara semula jadi, atau terbinanya sebuah sampan kecil secara semula jadi???"

Jumaat, 28 Ogos 2009

Tiga Nasihat

Pada suatu hari, ada seseorang menangkap burung. Burung itu berkata kepadanya, Aku tak berguna bagimu sebagai tawanan. Lepaskan saja aku. Nanti aku beri kau tiga nasihat. Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit. Orang itu setuju, lalu ia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal. Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti. Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat dua permata besar, kalau saja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehnya. Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya, namun katanya, setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu! Si burung menjawab, Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padaku agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Aku pun tidak cukup besar untuk menyimpan dua permata besar! Kau tolol! Oleh karenanya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia.
Begitulah sifat kebanyakan manusia yang kurang memahami apa yang sedang dia alami, dan kurang memahami kedudukannya sebagai manusia yang memerlukan sesuatu petunjuk. Maka, manusia itu memerlukan seseorang guru Mursyid untuk membimbingnya...
Segala puji bagi Allah swt . Selawat dan salam berpanjangan sehinggalah Hari Qiamat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, matahari bagi orang-orang yang menuju jalan Allah swt bagi memperoleh kecintaanNya dan begitu juga ke atas keluarga Baginda dan para Sahabatnya yang mempunyai banyak kelebihan dan kemuliaan.