Ahad, 30 Ogos 2009

Perbalahan orang Ateis dengan seorang islam.

Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Tuhan dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain. Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka dapat menilai pendapat siapakah yang paling benar.
Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki islam itu tidak datang, dan ramai yang hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itupun muncul lalu berkata."maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu bahawa saya tinggal di hujung bandar ini, antara tempat saya dengan tempat ini ada sebatang sungai, saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai ke sini. Tetapi tadi tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."
Orang ateis bertanya, "Bagaimana kamu boleh sampai ke sini jika tidak menggunakan perahu??"
jawab lelaki muslim itu, "semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai berhenti dihadapan saya, kemudian datang lagi beberapa keping papan yang lain lalu melekat dengan sendirinya, lepas itu, dari dalam sungai timbul pula beberapa utas tali mengikat papan-papan itu untuk membentuk sampan kecil, orang yang berada di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutup rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya berjaya menyeberangi sungai dengan menggunakan perahu yang terjadi dengan sendirinya."
Mendengar kata-kata lelaki muslim itu, sekumpulan ateis itu berang lalu berkata, " Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami!!? kamu sangka kami sebodoh itu untuk mempercayai kata-kata mu itu!! "
jawab lelaki muslim itu, "Kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak menggunakan akal. Kamu menolak dan tidak mempercayai kejadian sebuah sampan kecil secara semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar ini boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya, apakah yang lebih sukar untuk dipercayai , terjadinya alam semesta secara semula jadi, atau terbinanya sebuah sampan kecil secara semula jadi???"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan