Khamis, 11 Mac 2010

apa itu masalah?


Setiap orang tidak terlepas daripada mengalami masalah. Cuma setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza, Allah swt berbuat demikian kerana begitulah keadaan manusia yang juga mempunyai kehidupan yang berbeza-beza, tetapi, tempat kita bermohon, berharap, berhajat dan berlindung adalah sama iaitu kepada Allah swt sahaja, Dia lah tempat bergantung bagi sekalian makhluk, sekecil manapun masalah yang kita hadapi DIA lebih mengetahui masalah yang kita hadapi itu, masalah juga dikatakan sebagai ujian, dalam ujian itu terdapat masalah, oleh itu, masalah yang kita hadapi itu sebenarnya ujian, termasuklah ujian harta, isteri dan anak-anak. Begitulah ujian, ia juga hadir dalam bentuk yang kita sukai, sebenarnya ia juga boleh membawa masalah kepada diri kita. Dunia adalah ujian, tetapi kita tertarik dengannya, dunia juga sebagai laluan untuk kita menujuNYA, maka, ia bergantung kepada tindakan seseorang itu untuk menjadikan dunia itu sebagai satu masalah ataupun sebagai laluan ke akhirat sahaja.
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Ali-imran ayat 14.

Masalah yang kita hadapi itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi seorang yang sentiasa ke arah memperbaiki diri. sebenarnya, dengan ujian tersebut kekadang manusia tidak dapat melepasinya dengan baik, jika berlaku demikian, inilah yang disebut sebagai masalah dalam diri kita. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang mengetahui tujuan masalah itu dipikulkan atas bahu kita, kita hendaklah memikulnya dengan rasa tenang dan sabar sambil meneruskan pelayaran di lautan bergelora, kita hendaklah memikirkan penyelesaiannya agar bebanan masalah itu semakin berkurang, justeru pelayaran hidup diteruskan tanpa berhenti di tengah lautan tersebut, hendaklah kita berlayar dengan layar harapan agar tiupan angin rahmat dapat membantu kita meneruskan pelayaran dengan penuh rasa kebahagian. manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan, tetapi Allah sentiasa memberi peluang untuk kita kembali kepadaNYA, semoga dengan peluang yang ada, dapat memberi kesempatan kepada kita untuk menjadi orang yang sedar kesilapan lepas serta tidak mengulanginya. Sejauh mana destinasi yang kita tuju, semakin banyak lagi pertolongan Allah kepada hambaNYA yang berdoa kepadaNYA, kembali mendekatkan diri kepadaNYA, beramal dengan agamaNYA, dan bertaqwa kepadaNYA.