Selasa, 30 Julai 2013

Bergelar seorang pendidik

sebulan selepas lantikan, saya pun baru terdetik mau kemaskini blog yg lma sdh dibiarkan..ni la surat lantikan yg lewat sebulan sampai..dngan surat ni la saya sudah bergelar seorang pendidik di sekolah interim saya jgk iaitu SM Vokasional atau Kolej Vokasional Keningau. jadi sekarang genap sebulan saya sebagai guru tetap di sekolah ni. alhamdulillah semua dugaan dan cabaran menempuh jalan menjadi guru sudahpun dilalui dngn jayanya termasuklah temuduga. syukur kepada Tuhan yang memberi rezeki. di sini saya jadi warden dan tinggal d sebuah rumah warden yang baru. lengkap jgk dengan tv, mesin basuh dan peti sejuk termasuk perabot. sekarang apa yang perlu saya buat adalah mencari lagi sebanyak mana ilmu untuk dikongsikan dengan pelajar supaya menjadi 'guru pemberi' maksudnya seseorang yang banyak memberi daripada meminta..alhamdulillah saya berasa selesa dengan suasana di sini. semoga perjalanan di alam pekerjaan ini membawa keberkatan dan pahala kepada saya sebagai guru yang serba kekurangan ini.pada saat ini juga usaha menggalas tanggungjawab menyara keluarga menajdi salah satu matlamat. lepas itu barulah fikir pasal si dia ('',)