Selasa, 22 November 2011

tidak lagi keseorangan~



wahai diri, mereka ada bersamamu, menyokongmu dan memepercayaimu walaupun ada segelintir sahabat yang masih tidak memahamimu, tp yakinlah walaupun kau tanpa sesiapa, Allah pasti bersamamu.. jalanilah kehidupan yg bhgia iaitu mencari redha, tanpa kenal erti penat lelah, yakin dan tabahlah insyaAllah moga dipermudah.

Selasa, 18 Oktober 2011

Jalan-jalan Perlis































Pen->Kedah->Perlis-> smpdan Thailand ....
satu pngalmn yg best bersama kwan2 pergi jln2 ke muzium padi kedah, jngle tracking yg mncbar, ke wang kelian, padang besar, gua kelam mandi2..dan bnyk lg..hehe nipun dapat p jln asbab kami suma ada knderaan sndiri..alhamdulillah perjalanan slmat walupun sesetgh pejlnn balek tu ada hujan lebat dan angin kuat..

melihat padi sawah yg luas sama sprti melihat laut yg xbertepi..beza warna jak..biru dan hijau..hee cntik ciptaanNYA..subhanallah..dngn jln2 ni..fkiran yg bercelaru dpt dtnangkan jgk.. ;))



Isnin, 3 Oktober 2011

teruskan kerjayamu








‎..wahai diri..apabila engkau sudah mengorak langkah..teruskanlah perjalananmu itu dan janganlah berpaling ke belakang. Gunakan masa yang ada untuk sampai ke destinasi cita dan jangan berhenti membuang masa di perhentian masa silam mu....




Ahad, 2 Oktober 2011

hikmah ujian


kita manusia diberikan ujian bukanlah bertujuan agar kita merasa sakit dan menderita semata-mata..tapi ia adalah satu bentuk teguran yang sangat berhikmah agar kita mendekatkan diri kepadaNYA, mengadu kepadaNYA dan berdoa kepadaNYA.
segala apa yg ada di bumi dan di langit mahupun di antara keduanya adalah milikNYA.
masukkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMU yang dekat dengan MU
amiin..

Khamis, 25 Ogos 2011

video segmen geseran ppk 433

ni video yg aku buat tuk sem 7 dan juga vdo terakhir dalam pmbntngan spnjng bljr d USM..yg ni penyerapan MI dalam bdang bahasa dan juga nilai2 murni..

Ahad, 1 Mei 2011

Duri di perjalanan


Sebetulnya laluan perjalanan kita ni bersih, indah dan selesa, tapi itu laluan bagi orang yang hatinya dan akhlaknya bersih lagi mulia, mungkin kita pernah taburkan duri, kaca, pisau dan semua benda tajam di tengah jalan, semua benda tu kita sendiri yang pijak sehingga kaki luka berdarah. tp, insyaAllah kita bersama-sama berusaha membersihkan balik laluan itu supya kaki tdk berdarh lg dan boleh mneruskan perjalanan. semoga ada pembimbing dan penyokong yang boleh menyedarkan kealpaan kita.

"setiap dosa dan kesalahan yg dilakukan tu ibarat menabur kaca dan duri yang berbisa di tengah jln yang kita sendiri memijaknya" ~KH AA Gym

Ahad, 3 April 2011

Hadiah ku yang tidak sempurna-Raihan


Sesungguhnya telah banyak nikmat dan kurnia yang telah ENGKAU berikan dan hadiahkan kepadaku.. dari aku sebelum lahir dan sehinggalah aku berada di akhiratMU kelak, ENGKAU tetap tidak henti-henti memberikan hadiah kepada ku.. sebenarnya aku mencintaiMU, tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tidak wujud dalam sanubariku dan mengapa rindu masih belum menyelubungi perasaanku, bahkan walau ku kutip semua permata di dasar lautanpun, cinta ku tidak juga hadir jika tidak mengharap rahmat dariMU dan merayu simpati kepadaMU. kekadang ku berfikir hendak memberikan hadiah kepadaMU, aku tidak mampu dan sudah pasti isinya tidak sempurna lagi tidak berseri, tapi ku cuba menyiramnya agar ia tumbuh subur dan berbunga, ku tahu airnya tidaklah sesegar dan sejernih telaga kaustarMU... ku tidak mampu memberikan hadiah setanding pemberianMu, tapi ku tahu Engkau suka menerima hadiah berupa kesyukuran dari seorang hambaMU, dengan itu, cukuplah Engkau berikan kepadaku rasa cinta dan rindu kepadaMU agar ku tahu, syukur itu hanyalah milikMU..