Selasa, 13 Oktober 2009

Taman-taman Syurga.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Majlis tadarus al-Quran pada bulan Ramadhan serta bulan-bulan yang lain merupakan sebuah taman syurga. Ramadhan tahun ini (2009) di USM masih lagi diserikan dengan majlis tadarus al-Quran yang sangat bermanfaat kepada kita semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih ramai lagi hamba-hambaNya yang turut sama hadir dalam taman ini.
Namun sambutannya tidaklah semeriah berbanding dengan sambutan-sambutan ...............?. begitulah hakikatnya dunia zaman sekarang. Mungkin atau pastinya ramai manusia yang terhalang untuk hadir ke majlis ini disebabkan oleh kesibukan, mungkin juga penat bertarawih..hehe dan sebagainya, tetapi pastinya masing-masing ada sebab yang munasabah kot...
Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

Terfikir pula saya dibuatnya apabila tahun demi tahun, penghuni taman syurga ini semakin berkurangan. itu semua berbalik kepada individu itu sendiri. Moga-moga ramadhan akan datang Insya Allah bertambah ramailah ahlinya khususnya dari kalangan pelajar yang bakal menegakkan agamaNYA. Rasanya semua sudah tahu kebaikan dan kelebihannya, cuma perlulah kita fikirkan bersama, kita boleh pergi ke sesuatu tempat yang lebih kepada urusan keduniaan dalam masa berjam-jam, tetapi kenapa kita tidak boleh meluangkan masa untuk pergi ke taman syurga untuk menemui rahmatNYA(tadarus) yang tidak lebih sejam lamanya.
KUNCI yang mempunyai fungsi terpenting untuk membuka sesuatu yang tertutup sesuai dijadikan analogi dalam perkara ini. Setiap manusia diberi kunci tersebut untuk pergi membuka rahmatNYA(majlis tadarus) atas KehendakNYA. semoga kita termasuk dalam kalangan hambaNYA yang mendapat rahmat dan hidayatNYA.
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membacadan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan