Isnin, 8 Oktober 2012

Di puncak menara gading


alhamdulillah pada 22 sept. 2012 aku sdhpun bergelar graduan, selama 4 tahun menelaah ilmu di perantaun membuahkan hasil ini dan berjaya menggenggam segulung ijazah yang disaksikan oleh ibu , abang dan pakcik yang tercinta. ilmu pendidikan yang aku pelajari di USM menjadi bekalan untuk aku jadikan modal menjayakan kerjayaku sebagai bakal guru, kini aku menunggu untuk panggilan bertugas, tetapi tidak tahu bila. semoga rezeki ini segera diberikan kepada ku amiin. 
pada ketika ini juga, aku sedang bekerja sebagai guru di dua tempat, pertama aku mengajar di sekolah swasta iaitu di perdana education consultant pada sebelah pagi dan kedua sebagai guru ganti di SMK Agaseh pada sebelah petang. memang memenatkan tapi kena juga kuatkan diri memegang amanah ini. alhamdulillah aku senang dengan kerjaya ini. tetapi..selepas cuti persekolahan, kemungkinan aku sudah tidak bekerja lagi. semoga rezeki lain pula pada masa akan datang akan diberikan....

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt...saya tertarik dengan tuan guru haji hassan al-bikangi,..adakah beliau pernah menghasilakan penulisan ilmiah? dan i wnn make him as my objektive research....cn u help me?

    BalasPadam